fbpx

LRT laluan Kelana Jaya dibuka esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Rapid Rail Sdn. Bhd. (Rapid Rail) akan membuka keseluruhan jajaran perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya bermula pukul 6 pagi, esok (Isnin).

Turut dimaklumkan, pampasan perjalanan percuma akan diberikan selama tujuh hari kepada pengguna perkhidmatan LRT tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Mohd. Azharuddin Mat Sah berkata, hal ini dimaklumkan dua hari lebih awal daripada yang dijadualkan setelah mendapat kelulusan daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Jelasnya, APAD telah mengesahkan kestabilan sistem kawalan tren automatik (ATC) dan mengisytiharkan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya selamat untuk beroperasi sepenuhnya.

“Kami berterima kasih kepada APAD dengan kelulusan yang telah diberikan untuk menyambung operasi LRT Laluan Kelana Jaya.

“Pembukaan penuh perkhidmatan lebih awal daripada jadual ini diharap dapat mengurangkan kesulitan yang telah dilalui pengguna LRT Laluan Kelana Jaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Azharuddin turut memaklumkan LRT Laluan Kelana Jaya yang digantung selama lima hari akan diberi perjalanan percuma selama tujuh hari kepada pengguna kad My50, Touch ‘n Go, dan token.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua di atas kesabaran semua pihak ketika tempoh yang sangat mencabar ini.

“Prasarana dan Rapid Rail sekali lagi memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia yang terkesan akibat gangguan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN