fbpx

GV9: ‘Meremang bulu roma dengar suara Jaclyn Victor’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jaclyn ketika menyanyikan Lagu Untuk Mu pada persembahan pembukaan GV9 malam ini.

KUALA LUMPUR – Persembahan pembukaan oleh Jaclyn Victor yang menyanyikan Lagu Untuk Mu daripada Meet Uncle Husin nampaknya berjaya memukau para penonton Gegar Vaganza 9 (GV9) malam ini.

Ternyata vokal Jaclyn mampu diuji dengan pelbagai genre lagu termasuk Irama Malaysia, malah irama dangdut sekalipun.

Episod kesembilan malam ini nampaknya peserta-peserta lain terpaksa berhempas pulas untuk melawan kelantangan vokal daripada Jaclyn itu.

Rata-rata pengguna media sosial juga meninggalkan komen memuji persembahan oleh penyanyi itu di akaun media sosial termasuk di Twitter.

“Jaclyn rock habis malam ni, lagu pembukaan pula tu. Vokal dia ‘power’ macam biasa, dia pun nampak santai sahaja nyanyikan lagu bernada tinggi ni,” tulis @boysram.

“Meremang dengar suara Jac nyanyi lagu ni, ternyata dia calon juara tahun ni,” kata @amrinaroslan.

“Jujur cakap persembahan Jac malam ni di luar jangkaan. Suara dia memang padu geng,” jelas @snowline 92. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI