fbpx

65,000 rakyat Afghanistan bakal dihantar bekerja di luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penggembala Afghanistan memerah susu kambing biri-biri di Tunceli, pegunungan Dersim pada 13 Jun lalu. - AFP

KABUL – Pentadbiran Taliban di Afghanistan merancang untuk menghantar 65,000 rakyatnya untuk bekerja di luar negara termasuk di negara-negara Asia Barat, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Kementerian Buruh dan Hal Ehwal Sosial memaklumkan bahawa daripada 65,000 orang yang akan dihantar bekerja di luar negara, 15,000 penternak haiwan akan dihantar ke Turkiye, Qatar dan Arab Saudi.

Kementerian itu juga merancang mengupah 20,000 orang untuk bekerja di projek lombong tembaga Mes Aynak, yang merupakan bekas tapak penempatan Buddha sekitar 40 kilometer di tenggara Kabul dalam wilayah Logar.

Perancangan itu dibuat di bawah kerajaan pimpinan bekas Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani, namun terhenti berikutan pengambilalihan kuasa oleh Taliban.

Berdasarkan tinjauan tahunan terhadap pemerintahan Taliban di Afghanistan yang diterbitkan oleh Chatham House yang berpangkalan di London, negara itu mengalami ‘malapetaka ekonomi’ sejak pengambilalihan kumpulan tersebut.

“Pengangguran beramai-ramai, kejatuhan pasaran perumahan dan peningkatan kadar kekurangan zat makanan adalah sebahagian daripada tanda-tanda nyata malapetaka ekonomi.

“Institusi kerajaan awam yang sebelum ini merupakan majikan terbesar negara itu kini tidak mampu membayar gaji walaupun jumlah kakitangan telah berkurangan.

“Lebih memburukkan keadaan apabila sektor pertanian Afghanistan telah terjejas akibat kemarau dan bencana alam seperti banjir kilat dan gempa bumi pada Jun 2022,” jelas kertas semakan itu.

Menurut anggaran Agensi Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), 700,000 pekerjaan dihapuskan di Afghanistan tahun lalu, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai peningkatan kadar pengangguran sejak Taliban menguasai negara itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI