fbpx

PRU15: Gerik akan jadi ‘darah daging’ saya – Asyraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASYRAF WAJDI (kiri) berazam mahu menambah baik fasiliti kesihatan selain menjadikan Gerik sebagai hab pendidikan.

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki merupakan calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Gerik.

Sebaik namanya dicalonkan di kerusi itu, Asyraf Wajdi berazam menjadikan Gerik sebagai hab pendidikan selain menambah baik infrastruktur kesihatan terutama di Pengkalan Hulu.

Kosmo!: Bagaimana dengan penerimaan pengundi terhadap BN?

Asyraf Wajdi: Penerimaan pengundi-pengundi amat positif terhadap BN. Pertama kerana konsistennya Ahli Dewan Unda­ngan Negeri (DUN) Temengor dan Pengkalan Hulu iaitu Salbiah Mohamed dan Datuk Aznel Ibrahim menjaga kawasan secara konsisten. Jadi tiada rungutan, masyarakat Gerik juga tidak terbawa-terbawa dengan isu nasional.

Apakah yang dimahukan oleh pengundi di Gerik?

Aysraf Wajdi: Kehendak dan harapan mereka lebih bersifat lokal iaitu infrastruktur seperti kesihatan, hospital dan klinik yang perlu dinaik taraf. Mereka mahu institusi pengajian tinggi, peluang-peluang pekerjaan diperkasakan selain pembangunan ekopelancongan.

Antara yang disuarakan ialah tiada kemudahan untuk ibu-ibu bersalin terutama di Pengkalan Hulu. Jadi, antara yang perlu diwujudkan di sini ialah menambah baik klinik kesihatan agar perkhidmatan itu dapat disediakan buat mereka.

Saya juga berhasrat menjadikan Gerik sebagai hab pendidikan. Kita mahu mewujudkan institusi pendidikan yang menawarkan kursus jangka pendek serta jangka panjang yang bermanfaat kepada anak muda.

Begitu juga kemudahan jalan raya Gerik-Jeli beserta jalan-jalan kampung yang perlu ditambah baik. Selain itu, Royal Belum juga perlu dikomersialkan kerana terdapat flora dan fauna yang mungkin tiada di hutan simpan lain.

Pengundi mahu pemimpin ada bersama mereka. Apa jaminan Datuk?

Asyraf Wajdi: Itu memang jaminan saya. Saya secara terbuka sudah membuat akujanji bahawa sekiranya saya diberikan amanah, Gerik ini akan menjadi sebahagian daripada darah da­ging saya.

Sudah tentu kalau di­pilih, saya mesti ada rumah di sini sama ada sewa atau sebagainya kerana sifat wakil rakyat BN ialah membela rakyat. Kalau wakil rakyat tak bela rakyat, ia akan mudah ditendang.

Kita mesti ada satu tempat yang mana rakyat boleh datang kepada kita setiap masa.

Adakah Gerik ini kerusi selamat bagi BN?

Asyraf Wajdi: Saya tidak melihatnya sebagai kerusi selamat. Kalau selamat saya tidak akan ditemu bual di sini. Sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO akan pusing satu Malaysia tetapi saya berkampung di sini 24 jam sehari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI