fbpx

Peluru sesat tembusi badan pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELURU itu menembusi badan pesawat Middle East Airlines (MEA). - The Sun

BEIRUT – Sebuah pesawat terkena sebutir peluru sesat yang menembusi fiuslaj dan hampir mengenai kepala penumpang semasa mendarat di Beirut, Lebanon, lapor akhbar The Sun semalam.

Gambar dari lokasi kejadian memaparkan badan pesawat penumpang milik Middle East Airlines (MEA) berlubang dalam insiden yang berlaku kelmarin.

Penebat pesawat itu ditembusi sebutir peluru dekat tempat duduk penumpang di barisan hadapan.

Pesawat itu berlepas dari Jordan tanpa mengalami sebarang masalah sebelum berlaku kekecohan ketika mendarat di ibu negara Lebanon tersebut. Tiada kecederaan dilaporkan dalam  insiden terbabit, kata Pengerusi MEA, Mohamad E-Hout.

Ahli Parlimen Lebanon, Paula Yacoubian menaiki pesawat itu dan berada di tempat duduk 2F apabila peluru itu menembusi badan pesawat ‘tepat di atas kepalanya’. Beliau berkongsi imej kejadian di laman Twitter dan menggesa tindakan keras diambil terhadap pelaku.

“Daripada mengucapkan selamat pagi, kita mesti mengucapkan antara satu sama lain, Alhamdulillah untuk keselamatan. Penggunaan senjata yang tidak terkawal dan peluru sesat mesti dihentikan,” katanya.

Insiden itu menandakan kali pertama sebuah pesawat berdepan serangan peluru sesat di Lapangan Terbang Beirut, kata Hout.

Hout menjelaskan, tujuh hingga lapan pesawat yang diletakkan di lapangan terbang itu terkena bedilan peluru sesat dari kawasan berdekatan pada setiap tahun.

Acara tembakan rambang sempena perayaan adalah perkara biasa di Lebanon termasuk bertujuan memperingati ucapan ketua politik, pelepasan keputusan peperiksaan rasmi dan acara penting lain.

Pemilikan senjata api yang meluas menyaksikan negara itu menduduki tempat ke-58 di seluruh dunia untuk senjata api milik persendirian per kapita. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI