fbpx

Najwa Latif bergelar isteri Akwa Arifin dengan sekali lafaz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najwa dan Akwa bergelar suami isteri pada pagi Jumaat.

PETALING JAYA – Dengan sekali lafaz, penyanyi Najwa Latif selamat bergelar isteri kepada rakan duetnya, Akwa Arifin pada pagi Jumaat.

Pasangan itu diijab kabul di dalam sebuah majlis tertutup di kampung halaman Najwa di Batu Pahat, Johor.

Najwa, 27, turut berkongsi berita tersebut menerusi Instagram dengan memuat naik foto di atas pelamin.

“Know-know kahwin… Alhamdulillah kami dah ‘grad’,” tulisnya.

Sementara itu, rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan meluahkan rasa terkejut dengan berita gembira berkenaan.

“Wah terkejut, tahniah Wawa semoga sentiasa bahagia disamping yang tersayang dan menjadi isteri yang solehah.

“Presiden persatuan single dah kahwin! Tahniah Najwa dan suami. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat.

“Ingatkan main-main, rupa-rupanya betul bercinta” ujar beberapa netizen.

Hubungan pasangan mempelai itu mula dihidu pada Ogos lalu apabila Najwa mendedahkan sedang mengenali hati budi seseorang dalam akaun Tiktok miliknya.

“Saya sedang mengenal hati budi seseorang dan benda itu sudah cukup jelas (sudah berpunya).

“Saya tak mahu cakap lebih-lebih sebab masih belum berkahwin dan tidak manis sangat,” katanya.

Manakala, video TikTok Akwa yang memaparkan foto Najwa dan tertulis kapsyen seperti tidak sabar untuk bertemu dengan penyanyi lagu Cinta Muka Buku itu menguatkan lagi khabar angin tersebut.

Najwa dan Akwa popular dengan lagu duet berjudul Tak Kisah Pun dan Dua. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI