fbpx

Kereta Ferrari Schumacher dilelong lebih RM61 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENTERA F1, F2003 GA dipamerkan di Geneva oleh Sotheby’s pada 4 November lalu. - AFP

GENEVA, Switzerland – Sebuah kereta Ferrari yang dipandu legenda Formula Satu (F1), Michael Schumacher untuk memenangi Kejohanan Dunia 2003, dijual pada harga lebih AS$13 juta (RM61.2 juta) dalam lelongan di Geneva kelmarin.

“Kereta luar biasa ini mencatat rekod dunia untuk harga jentera F1 era moden,” kata jurulelong firma Sotheby’s selepas kereta dinamakan F2003-GA, Chassis 229 itu dijual pada harga AS$13.2 juta (RM62.1 juta).

Rekod sebelum ini milik kereta Ferrari lain yang dipandu Schumacher iaitu model F2001. Jentera lumba itu dijual pada harga AS$7.5 juta (RM35.23 juta) oleh Sotheby’s semasa lelongan di New York dalam tahun 2017.

Harga akhir kelmarin ditawarkan oleh seorang pembida melalui telefon selepas perang bidaan berlangsung lebih 40 minit. Harga itu jauh melebihi jangkaan Sotheby’s yang me­nganggarkan harga jualan kereta itu sekitar AS$9.6 juta (RM45.2 juta).

F2003-GA merupakan ‘salah satu kereta F1 yang paling utama sepanjang zaman’, kata jurulelong Sotheby’s.

Schumacher berlumba sebanyak sembilan kali menggunakan kereta tersebut dan memenangi lima Grand Prix pada musim 2003 termasuk merangkul kejuaraan di Jepun.

Legenda F1 itu tidak muncul di khalayak ramai sejak mengalami kecederaan serius dalam kemalangan ski pada 2013.

“Ia adalah salah satu Ferrari dengan kemenangan terbanyak dalam sejarah pembina, jadi ia kereta yang sangat penting dalam sejarah perlumbaan permotoran,” kata Vincent Luzuy, daripada cawangan Sotheby’s yang berurusan dalam penjualan kereta mewah. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI