fbpx

Ikut suami bekerja, Zizi Kirana nafi cemburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JELAS Zizi Kirana, sebagai selebriti, dia memahami tuntutan kerja suaminya sebagai pelakon, maka tidak timbul isu cemburu antara mereka.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Zizi Kirana menafikan dia seorang yang cemburu gara-gara sering dilihat mengikut suaminya pelakon Yusuf Bahrin ke set penggambaran drama.

Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 37, sebaliknya menjelaskan, dia hanya mengisi masa terluang sementara tiada urusan kerja.

Biarpun begitu, penyanyi lagu Eh itu berkata, dia sangat memahami tanggungjawab suaminya sebagai seorang pelakon.

“Siapalah yang bercerita itu ya? Saya cuma ikut suami kalau ada masa terluang dan tiada kerja. Suami juga suka ajak saya teman dia bekerja jika tinggal seorang di rumah.

“Dia pun selalu teman saya kerja, orang kata sementara masih berdua lebih baik berdua-duaan.
Tidak timbul isu cemburu sebab saya pun dalam bidang yang sama,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zizi menganggap gosip tidak enak berkenaan rumah tangganya hanya borak kosong yang tidak perlu diambil pusing.

“Mereka mungkin borak-borak kosong sebab tiada cerita lain. Saya tidak kisah atau ambil hati kerana sudah biasa dengan gosip sebegini.

“Perkara ini lumrah dan dulu saya pernah lalui macam-macam kontroversi lebih teruk,” ujarnya.

Zizi berkata demikian ketika ditemui pada majlis Astro Showcase Party yang diadakan di Menara Kuala Lumpur kelmarin.

Majlis tersebut diadakan bagi memperkenalkan program-program terbaharu terbitan Astro sepanjang hujung tahun 2022 sehingga awal 2023.

Penyanyi itu hadir bagi menemani suaminya yang terlibat dengan drama terbitan Astro Prima iaitu Jesnita.

Sebelum ini, Yusuf mengakui dia membawa isterinya ke set penggambaran bagi mengelakkan perasaan cemburu.

Dia juga menetapkan syarat tidak bersentuhan dengan pelakon wanita selepas berkahwin bagi menjaga hati isterinya.

Yusuf dan Zizi Kirana berkahwin pada 19 September 2021 selepas berkenalan dalam sebuah program realiti pada awal tahun yang sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI