fbpx

Garu kepala tak dapat cabut selipar abang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang menunjukkan si adik berusaha untuk mencabut selipar abangnya.

PETALING JAYA – Gelagat seorang kanak-kanak lelaki yang cuba membantu abangnya mencabut selipar yang melekat pada kaki ketika mandi hujan menarik perhatian netizen semalam.

Video itu dirakam oleh ibu mereka dan kemudiannya dikongsi menerusi sebuah akaun TikTok yang bernama @Zieranazirah sebelum tular di media sosial.

Berdasarkan rakaman video itu, kanak-kanak terbabit dilihat bertungkus-lumus untuk mencabut selipar yang melekat itu dengan menguis selipar tersebut dengan selipar yang lain.

Lebih melucukan apabila adiknya menggarukan kepala apabila selipar itu masih melekat pada kaki abangnya walaupun pelbagai usaha telah dilakukan.

Setakat ini, video tersebut telah menerima sebanyak 285,800 tontonan dengan 944 perkongsian dan 16,800 tanda suka.

Rata-rata orang ramai memuji tindakan si adik yang dilihat cuba sedaya-upaya membantu abangnya walaupun dalam keadaan hujan lebat.

“Adik pun susah betul hendak tolong tarikkan,” komen Izan di ruangan komen.

“Yang penting adik dia ada usaha hendak tolong abang dia,” tulis Aina.

“Apa yang buat aku ketawa adalah apabila adik dia cuba cungkil selipar abang dia dengan menggunakan seliparnya,” kata Ahmad. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI