fbpx

E-hailing percuma penumpang LRT Stesen Universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa sukarelawan yang memberikan perkhidmatan percuma di Stesen LRT Universiti hari ini.

KUALA LUMPUR – Beberapa sukarelawan E-hailing telah memberikan perkhidmatan secara percuma kepada para penumpang perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya di Stesen Universiti setelah perkhidmatan tersebut tergendala baru-baru ini.

Penyandang Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, kehadiran sukarelawan yang memberikan perkhidmatan secara percuma itu berlaku selepas beliau mengadakan perjumpaan dengan mereka semalam.

“Setiap hari bermula hari ini hingga 15 November, oleh kerana LRT down (tergendala), beberapa pemandu e-hailing di Lembah Pantai telah tampil untuk bantu hantarkan warga dari LRT Universiti ke destinasi sejauh Pasar Seni.

“Perkhidmatan ini disediakan dari pukul 7 hingga 9 pagi dan pukul 5 hingga 7 petang (waktu puncak). Semoga sampai ke destinasi dengan cepat dan selamat,” jelasnya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI