fbpx

Sorakan 8,000 penyokong suntik semangat Speedy Tigers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Nazrin (tengah) berkenan bergambar bersama pasukan hoki Malaysia yang muncul juara Piala Sultan Azlan Shah di Stadium Sultan Azlan Shah malam ini. - FOTO/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Impian Malaysia muncul juara Piala Sultan Azlan Shah buat kali pertama tercapai apabila menundukkan Korea Selatan 3-2 dalam aksi final di Stadium Azlan Shah sebentar tadi.

Selepas gagal dalam lima percubaan sebelum ini, akhirnya Speedy Tigers berjaya menunaikan hajat rakyat Malaysia untuk menjulang trofi unggul itu dengan muncul juara edisi ke-29 itu untuk menamat penantian selama 39 tahun.

Dalam perlawanan di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, pemain Malaysia berjaya menampilkan semangat juang tinggi untuk mencetuskan kegembiraan kepada kira-kira 8,000 penyokong yang hadir.

Pada aksi itu, kedua-dua pasukan bermula dengan berhati-hati menyaksikan bola tidak memasuki kawasan D masing-masing.

Bagaimanapun dari satu hantaran jauh, bintang muda negara, Shello Silverius yang dinobatkan Pemain Terbaik Kejohanan sempat menghulur kayu untuk menjaringkan gol pertama Malaysia pada minit ke-15.

Korea Selatan kembali menyamakan kedudukan seminit kemudian apabila Jang Jonghyun menguis kencang untuk melepasi penjaga gol negara, Hafizuddin Othman pada minit ke-16.

Kata-kata semangat dalam bilik persalinan menyaksikan kebangkitan anak buah A. Arul Selvaraj pada suku ketiga.

Pemain Malaysia bagaikan mendapat semangat baharu dengan melancarkan beberapa siri serangan untuk mencemaskan kubu lawan.

Usaha mereka berhasil apabila Malaysia dihadiahkan penalti strok yang disempurnakan oleh Razie Rahim pada minit ke-45 untuk menceriakan penyokong tempatan.

Mohammed Aminuddin Mohd. Zain kemudian melebarkan jurang gol tiga minit kemudian, walaupun Korea Selatan cuba merapatkan jurang gol dua minit sebelum tamat perlawanan menerusi Jeon Byungjin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI