fbpx

Wanita kahwini abang tiri selepas dapat restu ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan itu bernikah selepas setahun ibu bapa mereka berkahwin. -Supplied

HELSINKI – Seorang wanita di Finland menjadi sensasi internet apabila mengahwini abang tirinya sendiri selepas setahun ibu bapa mereka berkahwin, lapor akhbar Daily Star semalam.

Matilda Eriksson, 23, bertemu Samuli, 27, selepas mereka menjadi adik-beradik tiri. Ibu Matilda telah melangsungkan perkahwinan dengan bapa Samuli pada 2019. 

Mereka kemudian bertemu semasa sambutan hari lahir ibunya yang ke-50.

“Kami mengambil masa selama dua minggu untuk mula bercinta selepas itu dan dia jatuh cinta terhadap saya dengan serta-merta,” katanya kepada laman berita Yahoo News.

Matilda memaklumkan bahawa beberapa rakannya menjadi teragak-agak dengan hubungan itu tetapi ibunya kemudian membantu ‘menyelesaikan fikirannya’ untuk meneruskan perkahwinan tersebut.

“Bagi saya, ia mungkin sedikit keliru apabila seseorang yang saya biasanya gelar ‘abang tiri’ kini dipanggil teman lelaki.

“Ibu memberitahu saya untuk melakukan apa sahaja yang saya rasa paling betul pada masa itu, mengetepikan segala-galanya dengan mengikut kata hati, dan akhirnya saya berkahwin dengan Samuli.

“Kami berdua telah menjalinkan hubungan yang lama dengan orang lain sebelum ini tetapi tidak pernah merasa seperti ini dengan sesiapa pun,” katanya. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI