fbpx

PRU15: Ismail Sabri beri bayangan KJ boleh jadi PM masa depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI melambailan tangan kepada para penyokongnya sempena Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama Warga Parlimen Ayer Hitam di Taman Suria Ros, Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor hari ini.

BATU PAHAT – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin, layak terajui negara pada masa depan.

Ismail Sabri berkata, langkah pertama adalah Khairy perlu memenangi pilihan raya dan mendapat sokongan majoriti parti terlebih dahulu sebelum dilantik memegang jawatan sebagai Perdana Menteri (PM).

“Okay, memang (saya) doa untuk Khairy dan dia kata pun bukan sekarang, akan datang. Memang dia layak untuk menjadi Perdana Menteri akan datang.

“Kalau kita menang pilihan raya, dapat sokongan daripada parti, tentu sahaja Khairy antara seorang yang layak untuk menjadi Perdana Menteri suatu masa nanti,” katanya.

Calon BN Parlimen Bera itu berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Warga Parlimen Ayer Hitam di Taman Suria di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI