fbpx

Pegawai bank didakwa perdagang isteri untuk eksploitasi seks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai bank didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas pertuduhan memperdagangkan isterinya bagi tujuan eksploitasi seks, akhir bulan lalu. FOTO NOR SHAFAWATI YUP.

SEREMBAN – Seorang pegawai bank mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperdagangkan isterinya bagi tujuan eksploitasi seks, akhir bulan lalu.

Tertuduh seorang lelaki berusia 35 tahun membuat pengakuan bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah memperdagangkan seorang wanita berusia 35 tahun iaitu isterinya yang bukan seorang kanak-kanak bagi maksud eksploitasi seks.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah hotel di Kuala Pilah pada 30 Oktober lalu.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Goh Hsiao Tung tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan memaklumkan mangsa kini berada di bawah perintah perlindungan mengikut Seksyen 15 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

“Tiada jaminan ditawarkan memandangkan mangsa adalah isteri tertuduh sendiri.

“Saya juga memohon identiti mangsa tidak didedahkan di mana-mana media,” katanya.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam pula memberitahu akan membuat rayuan apabila hukuman dijatuhnya ke atasnya nanti.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan identiti mangsa tidak didedahkan kepada umum.

Sementara itu, di kamar mahkamah berasingan, tertuduh mengaku bersalah atas dakwaan hidup atas wang hasil daripada pensundalan isterinya di hadapan Hakim Rushan Lutfi Mohamed.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa telah hidup sepenuhnya atau sebahagiannya daripada hasil persundalan isteri itu

Kesalahan tersebut dilakukan di lokasi dan tarikh yang sama.

Oleh itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 372A(1) Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh 15 tahun dan dengan sebatan serta boleh didenda.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Atiqah Abu Hassan dan mahkamah kemudiannya menetapkan 21 November depan sebagai tarikh bagi kedua-dua pertuduhan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI