fbpx

Makcik kental ‘cilok’ tengah bas ketika jalan sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANITA itu cuba memotong bas di tengah jalan yang sesak. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi seorang wanita yang menunggang motosikal cuba memotong kenderaan lain di jalan raya yang sesak, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @andreli_48. 

Seorang wanita bertudung coklat dirakam menunggang motosikalnya dan membawa bakul hijau di tempat duduk.

Wanita itu dilihat berada di sebelah sebuah bas dan hendak memotong. Keadaan jalan raya yang sesak pada ketika itu menyukarkan dia untuk melintasi bas bersebut.

Walaupun membawa barang yang besar dan boleh melanggar pemandu lain, wanita itu tetap cuba untuk memotong di tengah jalan.

Apabila sebuah bas dari arah bertentangan menghampiri, dia hanya mencondongkan motosikal untuk mengelak dilanggar. Penunggang motosikal lain dilihat hairan dengan aksi tangkas wanita tersebut.

Tidak diketahui di mana video itu dirakam namun, jika dilihat pada nombor pendaftaran motosikal itu, dia disyaki berada di wilayah Jawa Tengah.

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Tidak sabar. Kalau memang sudah lewat kenapa tidak bertolak semalam,” kata seorang netizen.

“Sudahlah tidak pakai topi keledar, jalan sesak tetapi dia mahu cepat. Nanti kena langgar marah-marah,” kata netizen lain. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI