fbpx

HONOR teguh meneruskan strategi pembukaan kedai baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HONOR antara pengeluar yang agresif mengeluarkan telefon pintar pada tahun ini.

TIDAK dapat dinafikan sepanjang tahun 2022 yang akan berakhir tidak lama lagi, banyak peristiwa yang sangat mengejutkan dan tidak dijangka telah berlaku sehingga menyebabkan banyak industri berhadapan dengan pelbagai risiko.

Malah industri elektronik terutamanya pengeluar telefon pintar dan komputer juga turut terkesan kerana hal tersebut.

Berdasarkan laporan kewangan serta berita, kebanyakkan pengeluar peranti tersebut menghadapi cabaran penurunan mendadak dalam hasil dan keuntungan pada tahun ini disebabkan oleh kesan pasaran, rantaian bekalan dan kadar pertukaran mata wang.

Namun begitu, HONOR yang merupakan antara pengeluar dan jenama terkemuka dunia yang baru kembali ke pasaran pada penghujung tahun 2021, masih teguh meneruskan strategi pembukaan kedai baharu di pasaran Malaysia. 

Malah, bermula Januari hingga Ogos lalu, HONOR telah membuka kedai baharu pada setiap minggu.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Honor Malaysia, Justin Li memegang HONOR Magic4 Pro.

 

Sehingga kini jenama itu telah mempunyai lebih daripada 100 kaunter serta kedai di seluruh Malaysia. 

Pada masa yang sama, bilangan pusat perkhidmatan luar talian HONOR juga telah meningkat sebanyak 50 peratus, di samping perkhidmatan YouYou yang turut menyelesaikan masalah pengguna dalam talian.

Ini adalah jalan yang sukar untuk mengembangkan kedai luar talian dalam peringkat pengecutan kitaran pasaran ketika ini. 

Mengapakah HONOR, yang baru sahaja berdikari, berani menentang trend untuk mencabar risiko besar dan tidak menentu?

Ini kerana jenama tersebut telah memilih untuk menghasilkan telefon pintar kelas premium dan pertengahan yang telah memenangi hati orang ramai.

Selepas kembali memeriahkan pasaran di Malaysia, HONOR telah melancarkan telefon mercu pertamanya iaitu HONOR Magic4 Pro, yang menyepadukan inovasi produk, pengalaman perisian dan perkhidmatan, serta mendapat pujian yang tinggi daripada media dalam industri. 

Walaupun HONOR Magic4 Pro dikritik kerana masalah sistem yang ‘lagging’, jenama itu juga mendengar suara pengguna, dan kemudian menyelesaikan masalah tersebut dengan pakej kemaskini sistem operasi.

Malah bukan itu sahaja, jenama itu juga turut melancarkan HONOR 70 yang terbaik dalam kelasnya dari segi kuasa pengimejan dan reka bentuk. 

HONOR telah melancarkan beberapa telefon pintar yang memenuhi kehendak pengguna pada tahun ini.

Ia turut terkenal di peringkat antarabangsa serta dianugerahkan sebagai Telefon Paling Berbaloi Tahun 2022 dalam anugerah produk elektronik pengguna terbesar dunia oleh EISA.

Peranti pintar itu dilengkapi dengan kamera penderiaan super IMX800 pertama di dunia serta mempunyai prestasi yang mengagumkan untuk mengambil gambar dalam cahaya malap. 

Dengan keupayaan pengimejan yang luar biasa, HONOR 70 turut mendapat pujian media tempatan sebagai telefon kamera terbaik dalam julat jualan RM2,000.

Sejak hari pertama HONOR kembali ke Malaysia, jenama itu telah berjanji kepada pengguna dan pasaran bahawa ia akan mengambil langkah tegas dalam pasaran tempatan. 

Dengan adanya kedai-kedai di seluruh Malaysia, pengguna boleh merasai dan mendalami produk serta mendapat perkhidmatan introduksi produk di kedai sebelum membeli. 

Sementara itu, persaingan dalam industri elektronik adalah sangat sengit dan atas faktor tersebut HONOR telah melakukan hala tuju strategik untuk pembangunan jangka panjang jenamanya dan juga merupakan komitmennya kepada pengguna dan rakan kongsi. 

HONOR 70 turut terkenal di peringkat antarabangsa serta dianugerahkan sebagai Telefon Paling Berbaloi Tahun 2022 dalam anugerah produk elektronik pengguna terbesar dunia oleh EISA.

Walaupun pasaran telah mengalami perubahan besar, HONOR tidak boleh berputus asa pada janjinya.

Di samping menawarkan telefon pintar, Honor juga membawa masuk produk lain ke Malaysia. 

Tablet HONOR Pad 8 dan komputer riba HONOR MagicBook 14 2022 yang baru dilancarkan telah memenangi banyak anugerah di peringkat antarabangsa. 

Sebelum ini, HONOR telah mencetuskan satu pembaharuan dalam pasaran komputer riba. 

Dengan harga yang berpatutan bermula dari RM2,000, komputer riba siri HONOR MagicBook telah menjadi popular dalam kalangan pelajar dan pekerja. 

Di samping itu, sebagai tablet pertama jenama itu, HONOR Pad 8 tentunya tidak boleh dipandang remeh. 

Peranti ini dilengkapi dengan lapan pembesar suara dan skrin besar perlindungan mata 12 inci serta didatangkan Perkhidmatan Mudah Alih Google (GMS), menjadikannya pilihan pertama untuk tablet hiburan.

Sementara itu, HONOR juga berjanji akan membawa lebih banyak produk selain telefon pintar, komputer riba dan tablet ke Malaysia pada masa hadapan serta menawarkan lebih banyak produk yang berkualiti tinggi kepada pengguna.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI