fbpx

[VIDEO] Bakat vs rupa: Kalau orang tak ambil kerja, jangan ‘bitter’ – Zul Ariffin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Zul Ariffin mempunyai pendapat tersendiri tentang isu bakat vs rupa yang menjadi perdebatan ramai orang industri baru-baru ini.

GENTING HIGHLANDS – Pelakon Zul Ariffin mempunyai pandangan tersendiri tentang polemik bakat vs rupa yang menjadi isu dalam kalangan orang industri baru-baru ini.

Zul, 36, berkata, perkara tersebut sangat subjektif dan dua elemen tunjang yang disebutkan itu mempunyai peranan masing-masing dalam kelestarian kerjaya seorang pelakon.

“Argumen ini kalau kita bincang memang takkan pernah habis. Jangan jadi bitter (negatif). Kalau orang tak upah kita bekerja (berlakon), jangan bitter.

“Saya tak pernah merungut kalau orang tak ambil saya berlakon. Terima sahaja sebab rejection (penolakan) ada di mana-mana sahaja.

“Orang mungkin akan tolak kita hanya kerana kita tak cakap ‘hai’ dalam mana-mana majlis atau acara. Kita tahu tahu tapi realitinya memang agar kasar. Tapi, adik-adik semua selamat datang ke showbiz (dunia hiburan),” katanya kepada Kosmo! Online.

Ditemui ketika penggambaran muzik video Cinta Sahabiyah nyanyian Datin Alyah di sini kelmarin, pelakon filem Talbis Iblis itu menambah, tidak kiralah rupa paras atau bakat lakonan, perkara paling penting adalah sentiasa bekerja keras dalam memperbaiki diri setiap hari sebagai seorang pelakon.

“Kalau nak selamat, pisau itu biar tajam. Pisau itu asah selalu sebab bila pisau atau kapak itu tajam, seseorang itu tak perlu menunggu bertahun-tahun nak tebang pokok.

“Mungkin hanya perlukan beberapa jam sahaja. Kalau pisau tajam (bakat lakonan terus diasah), saya percaya benda-benda lain akan senang dibentuk.

“Bukan pertandingan beauty pageant (ratu cantik) nak lawa-lawa sangat. Sedap mata memandang sudah. Kalau produser mahukan panampilan seseorang pelakon diubah macam potong rambut pendek, potong sahajalah.

“Saya ingat lagi dulu berat badan saya pernah 100 kilogram tiada siapa nak ambil berlakon tapi saya telan sahaja realiti tersebut sebab saya faham kehendak showbiz,” terangnya penuh maksud mendalam.

Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) menerusi filem Sangkar itu menitik beratkan bahawa bakat lakonan boleh diasah dari semasa ke semasa sementelah rupa paras bergantung kepada kehendak skrip projek seni yang diusulkan penerbit atau produksi. – KOSMO! ONLINE

@kosmoonline

“Kalau orang tak ‘hire’ (ambil berlakon), jangan ‘bitter’ tapi asah pisau (skil berlakon),” ujar Pelakon Lelaki Terbaik FFM31, Zul Ariffin mengulas tentang polemik bakat vs rupa yang menjadi isu orang industri sejak kebelakangan ini. – VIDEO oleh MOHD. HAIKAL ISA #beritaditiktok #beritatiktok

♬ Bitter Abacus – DJ BAI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI