fbpx

Saya tarik balik laporan jika ada permohonan maaf dari P. Prabakaran- S.Rajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Presiden MIC Wilayah Persekutuan, Datuk S. Rajah selesai membuat laporan polis terhadap P. Prabakaran di IPD Sentul hari ini.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Malaysian Indian Congress (MIC) Wilayah Persekutuan, Datuk S.Rajah membuat laporan polis terhadap calon Pakatan Harapan (PH), P115 Batu, P. Prabakaran di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sentul pada 2.30 petang di sini, hari ini.

Menurut S.Rajah, laporan dibuat susulan tularnya satu video P. Prabakaran yang mengatakan beliau pernah ditawarkan untuk menyertai MIC dengan habuan.

“Dia (Prabakaran) mengatakan pernah dapat tawaran supaya lompat parti dan tawaran diterima sebanyak RM10 juta.

“Saya buat laporan ini untuk beritahu bahawa memang tidak ada sesiapa yang tawarkan RM10 juta kepada beliau dan itu adalah fitnah, tohmahan yang betul-betul tidak masuk akal,” katanya dalam sidang akhbar di hadapan IPD Sentul.

Tambah beliau, tawaran dengan habuan berkenaan sangat tidak masuk akal.

“Kita perlu buat sesuatu sebab saya nampak dia sudah ‘goyah’ dan macam tiada harapan di parlimen Batu. Tiada modal nak cerita apa, sekarang cerita dapat tawaran daripada MIC.

“Kalau dia nak dapatkan undi, dia kenalah beritahu rakyat apa kebaikan dibuat kepada parlimen. Janganlah buat fitnah sebegini untuk dapatkan undi simpati,” ujarnya.

Bagaimanapun, pihaknya akan menarik balik laporan sekiranya permohonan maaf dibuat kepada MIC.

“Sudah tentu sekiranya beliau memohon maaf, saya sanggup tarik semula laporan polis ini. Tolak ansur itu memang budaya BN, ada ruang budi bicara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI