fbpx

Berkuku panjang semasa kendali makanan antara kesalahan dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 18 buah premis diperiksa dalam Op Premis Bersih di sekitar Bukit Mertajam, di sini kelmarin.

SEBERANG PERAI – Sebanyak 21 notis atas pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 telah dikeluarkan oleh Unit Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah (PKDSPT) dalam satu operasi penguatkuasaan, di sini kelmarin.

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Jabatan Kesihatan negeri dalam satu kenyataan berkata, jumlah kompaun keseluruhan yang ditawarkan atas kesalahan itu mencecah RM8,950.

Menurutnya, operasi penguatkuasaan itu dijalankan di sekitar pekan Bukit Mertajam di sini dengan melibatkan 10 anggota penguatkuasa terdiri Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran.

“Secara keseluruhannya, sebanyak 18 buah premis makanan telah diperiksa dalam operasi berkenaan yang juga dikenali sebagai Ops Premis Bersih.

“Antara kesalahan yang dikesan termasuk di bawah Peraturan 11 (2) iaitu menggaji pengendali makanan tanpa suntikan anti-tifoid dan latihan pengendali makanan selain kesalahan tidak memakai pakaian perlindungan diri yang lengkap ketika mengendali makanan di bawah Peraturan 32 (3).

“Kesalahan lain adalah di bawah Peraturan 33 (2) iaitu berkuku panjang semasa mengendalikan makanan serta kesalahan di bawah Peraturan 34 (2) iaitu gagal mengekalkan premis dalam keadaan bersih,” katanya.

Jelas kenyataan itu lagi, adalah menjadi tanggungjawab pemilik serta pengusaha premis makanan untuk memastikan premis makanan mereka berada dalam keadaan bersih pada setiap masa dan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI