fbpx

EPL: United tenang hilang khidmat Fernandes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERNANDES terpaksa diketepikan pada aksi menentang Villa apabila menjalani penggantungan kerana mengutip lima kad kuning. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag mengakui sudah memiliki ramuan terbaik untuk turun bertemu Aston Villa pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) tanpa ke­libat pemain berpengaruh, Bruno Fernandes.

Sebagai rekod, Fernandes terpaksa diketepikan ekoran penggantungan satu perlawanan selepas menerima lima layangan kad kuning pada saingan musim ini.

Menurut Ten Hag, masih ada beberapa pemain yang boleh mengisi kekosongan Fernandes selaku perancang utama di posisi tengah dalam merencanakan serangan buat pasukan pada perlawanan di Villa Park nanti.

“Kami akan beraksi tanpa kelibat Fernandes pada pertemuan menentang Villa. Secara peribadi, saya sudah ada perancangan tersendiri kerana ada beberapa pemain yang berpotensi untuk mengisi kekosongan tersebut.

“Antara yang sesuai sudah pastilah Christian Eriksen yang tidak mempunyai masalah untuk beraksi di posisi No. 10. Selain itu, Marcus Rashford juga pernah bermain di posisi sama selain Donny Van De Beek yang sudah cergas sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu, pengendali import dari Belanda itu mengakui berpuas hati dengan barisan pemain dalam skuad utama kali ini yang bersedia sepenuhnya untuk menyahut panggilan dan boleh diturunkan pada bila-bila masa.

“Selain daripada skuad utama, kita juga memiliki beberapa pemain yang kurang mendapat minit permainan sebelum ini seperti Van De Beek, Alejandro Garnacho, Victor Lindelof selain Harry Maguire dan mereka telah menunjukkan komitmen yang baik dalam pasukan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI