fbpx

EPL: Misi Liverpool hapuskan badi kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL tewas dalam dua aksi EPL berturut-turut sebelum ini dan tidak mempunyai pilihan kecuali mengatasi Spurs untuk mengelak terpalit badi kekalahan. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menegaskan para pemainnya tidak lagi boleh terlalu ‘memilih’ perlawanan dan perlu segera mengembalikan kualiti sebenar pada pertemuan menentang Tottenham Hotspurs di Stadium Tottenham Hotspur tengah malam ini.

Walaupun bakal berdepan tugas sukar, The Reds kini tiada pilihan lain kecuali kembali mempamerkan kualiti sebenar selepas dihimpit kekecewaan tewas kepada Leeds United dan Nottingham Forest pada dua aksi terakhir Liga Perdana Inggeris sebelum ini.

Menerusi prestasi tidak menentu dipamerkan Liverpool musim ini, mereka tidak boleh tewas lagi sekiranya mahu mengekalkan peluang menamatkan musim ini di kelompok empat pasukan teratas.

“Aksi di gelanggang lawan adalah perlawanan besar buat kami dan ia akan menjanjikan sesuatu yang sukar. Saya tidak kira jurang mata antara Liverpool dan Spurs, namun kami tidak ada pilihan kecuali turun dan mendapatkan mata pada perlawanan ini.

“Kita semua tahu Tottenham adalah pasukan yang cukup tersusun ketika bertahan dan sera­ngan balas mereka juga cukup bahaya. Mereka juga sedang berada pada tahap prestasi terbaik.

“Berdasarkan dua perlawanan terakhir, mereka berjaya bangkit di saat akhir untuk raih kemenangan dan sudah pasti ia beri keyakinan buat mereka,” katanya.

Bintang dari Brazil, Fabinho dijangka memainkan peranan penting buat Liverpool di bahagian tengah dan Klopp juga berharap pemain itu mampu mengekalkan aksi terbaik­nya ketika menang 2-0 ke atas Napoli di Liga Juara-Juara Rabu lalu.

“Aksi dengan Napoli menjadi petanda jelas Fabinho sudah kembali seperti dirinya yang kami kenal. Saya fikir ia adalah detik penting buatnya untuk kembali ke prestasi sebenar,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI