fbpx

Betulkan cara bisnes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Sesetengah usahawan hanya jalankan bisnes mengikut ‘cita rasa’ dan pendapat masing-masing yang membuatkan mereka tersekat daripada terus berkembang.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks International), Radz Mohd. berkata, langkah tersebut tidak salah, namun akan membuatkan usahawan mengambil masa lebih lama untuk tumbuh.

“Justeru, kami adakan program online Nak Mula Berniaga (NMB) bagi menyokong usahawan baharu atau lama di luar sana.

“Ia susulan daripada 10X Bina Bisnes Berjaya, kami mahu usahawan yang berada jauh dan tidak berkesempatan hadir minggu lalu untuk ikuti NMB,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

NMB akan bermula pada Khamis dan Jumaat ini, bermula pukul 8.30 malam serta Sabtu dari pagi hingga petang dan ditaja 100 peratus oleh RichWorks.

Untuk keterangan lanjut, layari laman web richworks.com/nmb sekarang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI