fbpx

[VIDEO] Lengkap berjubah ungu, Diva AA tiba seawal enam pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Diva AA ketika tiba di pusat penamaan calon di Gombak hari ini.

GOMBAK – Pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA yang bertanding di atas tiket calon Bebas Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mencuri tumpuan apabila tiba ke Pusat Penamaan Calin dengan memakai jubah berwarna ungu

Tidak ketinggalan pengacara itu juga dilihat memakai mafala yang dililit pada leher ketika tiba di khemah Pakatan Harapan (PH), di sini seawal jam 6 pagi bagi proses penamaan calon.

Ujar Azwan , dia tampil ke khemah tersebut bagi memberikan sokongan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari yang mewakili PH.

“Saya hadir seorang diri sahaja dan mahu memberi sokongan kepada Amiruddin

“Saya akan memberikan sokongan sepenuh kepada parti PH, bukan sebab dia adalah calon selain Azmin, tapi disebabkan Malaysia memerlukan parti yang dinamik yang dapat membantu rakyat Malaysia kini sedang susah,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kempen yang akan dijalankan sempena musim PRU15 ini, Azwan berkata dia merancang untuk memasak 10 kawah rendang untuk diagihkan kepada orang ramai.

“Pendekatan yang saya buat untuk PRU amat berbeza, di PRU14 saya langsung tiada mengadakan ceramah untuk mengecam mana-mana pihak.

“Saya mempunyai pendekatan tersendiri dengan menghadiahkan rendang Chef Divaa AA kepada orang ramai.

“Dan adakah sejarah akan berulang? Ketika itu saya masak tiga kawah rendang dan habis diedarkan. Kali ini insyaAllah dalam perancangan, saya masak 10 kawah pula untuk PRU15 ini,” katanya.

Terdahulu Azwan bakal berdepan abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang sebelum ini dilaporkan sedia mempertahankan kerusi Parlimen Gombak pada PRU15.

Pengacara bermulut laser itu juga bakal menentang bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari yang mewakili Pakatan Harapan (PH). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI