fbpx

Tok Mat berdepan pertembungan lima penjuru di Rembau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Hasan tiba di pusat penamaan calon di Parlimen Rembau hari ini.

REMBAU – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan disaingi empat calon lain dalam pertandingan merebut kerusi Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau yang mewakili Barisan Nasional (BN) menerima cabaran daripada calon Pakatan Harapan (PH) Jufitri Joha dan calon Perikatan Nasional (PN), Mohd. Nazree Mohd. Yunus.

Turut memberikan saingan dalam pertembungan lima penjuru itu ialah, calon Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Ramly Awalludin dan wakil Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Tinagaran.

Pengumuman dibuat oleh Pengurus Pilihan Raya Parlimen Rembau, Mohamad Najib Mustafa di Pusat Penamaan Calon, Dewan Sri Rembau pada pukul 10.30 pagi tadi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI