fbpx

Liga Fantasi Kosmo!: Jangan takut guna wildcard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND dijangka turun membantu City berdepan Fulham di Etihad malam ini.

DUA pertembungan heavyweight menjadi tumpuan bagi saingan minggu ke-15 Liga Perdana Inggeris (EPL) membabitkan aksi antara Chelsea dan Arsenal serta Tottenham Hotspur menentang Liverpool.

Para pengurus Fantasy Premier League (FPL) perlu bijak merencana percaturan terbaik tanpa menolak banyak mata minggu ini dengan menggunakan wildcard.

Aksi minggu ke-15 merupakan perlawanan kedua terakhir sebelum saingan EPL berhenti rehat selepas tamat saingan minggu depan bagi memberi laluan kepada Piala Dunia Qatar 2022 bermula 20 November ini.

Justeru, Kosmo! berkongsi panduan buat para pengurus FPL mengenai pemilihan kesebelasan pemain yang berpotensi meraih mata maksimum minggu ini.

PENJAGA GOL
ROBERT Sanchez dijangka tiada masalah memastikan gawang Brighton tidak bolos kepada Wolverhampton Wanderers kerana pernah menang 4-0 ketika kali terakhir bertemu pada April lalu.

PERTAHANAN
DIOGO Dalot menampilkan prestasi menakjubkan sejak kebelakangan ini dan berpotensi meraih banyak mata ke atas Aston Villa yang dibelasah Newcastle United hujung minggu lalu.

TENGAH
LEANDRO Trossard sudah meledak gol dalam dua aksi berturut-turut menentang Manchester City dan Chelsea sekali gus memberi bayangan kecemerlangan itu mampu diteruskan minggu ini.

PENYERANG
CALLUM Wilson mampu menjadi sandaran utama memandangkan dia berada pada momentum terbaik dengan dua gol dan dua umpanan jaringan pada aksi terakhir ketika menentang Aston Villa.

KAPTEN
ERLING Haaland dipilih sebagai kapten berdasarkan rekod hebatnya dengan 17 gol setakat ini walaupun tidak diturunkan minggu lalu disebabkan masalah kecederaan.

JADUAL

HARI INI

LEEDS lwn BOURNEMOUTH
Siaran langsung Astro 811, 11 mlm

MAN. CITY lwn FULHAM
Siaran langsung Astro 813, 11 mlm

N. FOREST lwn BRENTFORD
Siaran langsung Astro 812, 11 mlm

WOLVES lwn BRIGHTON
Aksi berlangsung pada pukul 11 mlm

ESOK

EVERTON lwn LEICESTER
Siaran langsung Astro 813, 1.30 pagi

CHELSEA lwn ARSENAL
Siaran langsung Astro 813, 10 mlm

A. VILLA lwn MAN. UNITED
Siaran langsung Astro 811, 10 mlm

SOUTHAMPTON lwn NEWCASTLE
Siaran langsung Astro 812, 10 mlm

WEST HAM lwn C. PALACE
Aksi berlangsung pada pukul 10 mlm

ISNIN

TOTTENHAM lwn LIVERPOOL
Siaran langsung Astro 813, 12.30 tgh mlm

 

PENJARING TERBANYAK

17 gol
Erling Haaland (Man. City)

10 gol
Harry Kane (Tottenham)

9 gol
Aleksandar Mitrovic (Fulham)

8 gol
Ivan Toney (Brighton)

7 gol
Miguel Almiron (Newcastle)
Leandro Trossard (Brighton)

6 gol
Roberto Firmino (Liverpool)
Phil Foden (Man. City)
James Maddison (Leicester)
Callum Wilson (Newcastle)

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI