fbpx

PRU15: Pengaruh kuat di Perlis punca PN calonkan Shahidan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahidan (kanan) diumum calon PN bagi Parlimen Arau oleh Abdul Hadi di Rusila, Marang malam tadi.

MARANG – Pas melamar penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai calon Perikatan Nasional (PN) kerana faktor pengaruh kuat pemimpin Barisan Nasional (BN) itu di Perlis.

Presidan Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pengaruh Menteri Wilayah Persekutuan tersebut diharap amat menjadi pemangkin kepada PN untuk menawan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

“Kita sedar beliau (Shahidan) mempunyai pengaruh bukan sahaja di (Parlimen) Arau malah di seluruh Perlis.

“Harap pengaruh (Shahidan) dapat membantu PN untuk menawan DUN Perlis,” katanya pada sidang akhbar selepas pengumuman calon PN Terengganu di Rusila di sini malam tadi.

Pada majlis di kubu kuat Pas tersebut, Shahidan turut hadir waktu diumumkan Abdul Hadi sebagai calon PN bagi Parlimen Arau.

Abdul Hadi berkata, Shahidan yang juga bekas Menteri Besar Perlis mempunyai hubungan baik dengan kepimpinan Pas sejak dahulu.

Presiden Pas tersebut berkata, sikap Shahidan juga berani mengkritik Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi amat dipuji pihaknya.

Dalam perkembangan sama, Abdul Hadi yakin pencalonan Shahidan mewakili PN di Parlimen Arau diterima akar umbi Pas di kawasan itu.

“Orang Pas terima, kita telah berunding dengan (bakal) calon (Parlimen Arau) dan minta (beliau) untuk tarik diri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI