fbpx

PRU15: Setiausaha Politik Tok Pa diumum calon PN Parlimen Jeli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 14 calon PN diperkenalkan pada Majlis Pengisytiharan Calon PRU15 PN Negeri Kelantan di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sebentar tadi.

KOTA BHARU – Setiausaha Politik Datuk Seri Mustapa Mohamed diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) untuk Parlimen Jeli pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mengumumkan Zahari Kechik daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai calon parlimen itu Majlis Pengisytiharan Calon PRU15 PN Kelantan di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad IV di sini sebentar tadi.

Bagaimanapun, Zahari tidak hadir ke majlis tersebut kerana mempunyai urusan di ibu negara.

Terdahulu, Mustapa atau lebih dikenali sebagai Tok Pa yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Jeli, mengesahkan tidak bertanding pada PRU15 petang tadi.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, perkara tersebut juga telah dimaklumkan kepada Presiden PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya telah memaklumkan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Pengerusi PN merangkap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bahawa saya tidak berhasrat untuk menawarkan diri bertanding bagi kerusi Parlimen Jeli (P.030) dalam PRU15.

“Keputusan ini dibuat antaranya setelah mengambil kira nasihat doktor mengenai tahap kesihatan yang tidak mengizinkan saya untuk terus berkhidmat sebagai wakil rakyat yang berkesan,” katanya.

Katanya, dia turut menzahirkan ucapan setinggi terima kasih kepada semua rakyat di kawasan Parlimen Jeli yang sentiasa memberi sokongan dan kerjasama sepanjang merencanakan agenda pembangunan sosioekonomi di Parlimen Jeli sejak tahun 1995. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI