fbpx

PRU15: PN pertaruh Alias tentang Mohd. Khairuddin di Kuala Nerus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alias.

MARANG – Perikatan Nasional (PN) mempertaruhkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Datuk Dr. Alias Razak untuk bertanding di Parlimen Kuala Nerus.

Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal yang berada di dalam Parlimen Kuala Nerus.

Alias yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu akan bertembung dengan Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali yang akan mempertahankan kerusi itu atas tiket Barisan Nasional (BN).

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mohd. Khairuddin memenangi kerusi Parlimen Kuala Nerus dengan majoriti 8,447 undi.

Beliau kemudiannya mengisytiharkan berhenti daripada Pas pada awal tahun ini berikutan pertikaian dengan kepimpinan parti itu berhubung Muafakat Nasional (MN). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI