fbpx

Model animatronik watak E.T. akan dilelong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MODEL animatronik E.T. akan dijual pada harga RM14.19 juta. - BNPS

WASHINGTON – Model animatronik makhluk asing atau E.T. yang digunakan dalam pembikinan beberapa filem sains fiksyen Amerika Syarikat (AS) dijangka dijual pada harga £2.6 juta (RM14.2 juta), lapor akhbar The Sun kelmarin.

Mesin berketinggian 0.9 meter itu mempunyai 85 bahagian bergerak yang dimanipulasi oleh 12 pengendali patung untuk mencipta pergerakan. 

Ia direka oleh artis kesan khas, Carlo Rambaldi yang juga pernah mencipta model watak makhluk asing dalam filem Alien, Xenomorph.

Model itu akan dijual oleh firma lelongan, Julien’s Auctions di Los Angeles, California pada 18 Disember ini. Ia adalah model paling kompleks dan berharga kerana digunakan untuk kebanyakan rakaman ekspresi wajah E.T.

Anak perempuan Rambaldi, Daniela mewarisi model itu dan pelan tindakannya selepas kematian bapanya pada 2012.

Dianela kini akan menjual artifak luar biasa itu bersama-sama beberapa barangan lain daripada koleksi bapanya yang bernilai sekitar £2.8 juta (RM15.28 juta).

Selain itu, model asli E.T. berketinggian 45 sentimeter yang direka oleh Rambaldi untuk mendapatkan kelulusan reka bentuk daripada pengarah terkenal Hollywood, Steven Spielberg, juga akan dijual pada harga lebih £90,000 (RM491,099).

Antara barangan lain termasuk tujuh helaian lukisan konsep yang memperincikan ekspresi wajah E.T. dengan kadar tepat, struktur badan dan rangka bernilai £2,000 (RM10,910) setiap satu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI