fbpx

8,600 pegawai, anggota polis di Johor bertugas PRU15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarul Zaman selepas lawatan ke Pusat Penamaan Calon P15O Parlimen Batu Pahat di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat hari ini.

BATU PAHAT – Seramai 8,600 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan untuk memantau perjalanan kempen di seluruh negeri Johor sepanjang proses Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berlangsung.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam masa sama seramai 3,800 pegawai dan anggotanya akan bertugas di 26 pusat penamaan calon pada 5 November yang membabitkan 26 kawasan Parlimen.

Katanya, polis juga ingin mengingatkan kepada semua bahawa tindakan keras akan dikenakan bagi mereka yang melanggar etika serta peraturan pilihan raya.

“Ahli politik juga dinasihatkan untuk mematuhi setiap perkara yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Semua pihak terbabit juga diminta untuk saling bertoleransi agar perjalanan proses pilihan raya nanti berjalan lancar, aman dan tidak ada sebarang gangguan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas lawatan ke Pusat Penamaan Calon P15O Parlimen Batu Pahat di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat hari ini.

Ujarnya lagi, bagi pengundian awal di negeri ini, Johor mempunyai 63 pusat dengan 96 saluran dan bagi hari pengundian (19 November), Johor mempunyai 1,024 pusat dengan 4,685 saluran.

“Pihak polis juga sudah mengenal pasti lapan kawasan yang telah dikategorikan sebagai kawasan panas, kita akan berikan lebih tumpuan di situ.

“Polis Johor turut melakukan pemantauan sekiranya wujud kegiatan membeli undi bagi menentukan kemenangan seseorang calon,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI