fbpx

17 ‘lintah darat’ diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada barangan rampasan Op Vulture yang dijalankan di seluruh negeri ini.

JOHOR BAHRU – Polis menahan 17 individu termasuk seorang wanita warga asing yang disyaki terbabit kegiatan along dalam operasi bersepadu yang dilaksanakan serentak di seluruh negeri ini pada 5 dan 6 Mac lalu.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, kesemua suspek yang ditahan itu berusia lingkungan antara 18 hingga 65 tahun.

Katanya, mereka ditahan menerusi Op Vulture yang dijalankan bagi membanteras kegiatan pemberi pinjam wang tanpa lesen atau along.

“Dalam operasi yang dijalankan serentak di seluruh negeri ini, polis berjaya menahan seramai 14 lelaki warga tempatan, seorang lelaki warga asing dan dua wanita warga asing.

“Kita turut merampas lima kenderaan, 26 telefon bimbit, 25 kad ATM pelbagai bank, dua komputer riba, 40 salinan kad pengenalan pelanggan, sembilan salinan perjanjian pinjaman dan satu fail mengandungi senarai nombor peminjam,” katanya kepada pemberita hari ini.

Kumar memberitahu, turut dirampas ialah pencetak, enam buku rekod pinjaman, dua papan kekunci berserta tetikus, CPU, monitor, modem, tiga beg sandang pelbagai jenama, 14 pasport, pelbagai wang berjumlah RM48,366 dan sembilan cek.

Katanya, orang ramai dinasihatkan hanya membuat pinjaman dari institusi kewangan yang dilesenkan sahaja.

“Orang ramai boleh merujuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) atau Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mengetahui status sesebuah institusi yang menawarkan pinjaman,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI