fbpx

Pelajar universiti Iran bertempur dengan pasukan keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelajar melakukan protes di luar Universiti Sains Perubatan di bandar Tabriz, 22 Oktober lalu. – AFP

TEHRAN – Keganasan terbaharu tercetus antara pasukan keselamatan dan pelajar di beberapa kampus universiti seluruh Iran semalam, demikian menurut aktivis dan kumpulan-kumpulan hak asasi manusia.

Menurut stesen penyiaran CNN, kumpulan pelajar berterusan melakukan protes  di beberapa universiti meskipun amaran dikeluarkan oleh Ketua Komander Pengawal Revolusi, Hossein Salami bahawa Sabtu lepas merupakan hari terakhir untuk melakukan protes.

Berdasarkan rakaman video yang diedarkan laman web proaktivis, Iran Wire, dua pegawai beruniform dilihat cuba menahan peserta tunjuk perasaan. Video itu dikatakan dirakam di Kolej Teknikal Sanandaj, barat laut Iran.

Di pusat bandar Teheran, kumpulan-kumpulan aktivis mendakwa pertempuran tercetus antara penunjuk perasaan, anggota militia Basij dan anggota polis yang memakai pakaian biasa di Universiti Azad. 

CNN bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada anggota yang terlibat itu merupakan pasukan keselamatan.

Selain itu, sebuah video dikongsikan kumpulan aktivis 1,500 Tasvir pula menunjukkan orang ramai dengan ada antara mereka  memegang kayu, manakala gas pemedih mata dilepaskan ke arah mereka. Namun, tidak dapat disahkan pihak yang melepaskan gas tersebut.

Sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) berpangkalan di Norway, Iran Human Right (IHRNGO) menyelar pencerobohan kampus universiti oleh anggota pasukan keselamatan berpakaian awam  dan tindakan keras terhadap protes pelajar yang berlangsung secara aman.

“Ketika protes berlarutan di seluruh negara, anggota pasukan keselamatan berpakaian awam a telah memasuki kampus universiti dan menahan pelajar  dengan menggunakan kekerasan,” kata IHRNGO.

Protes di Iran berterusan selama berminggu-minggu selepas kematian gadis berusia 22 tahun, Mahsa Amini ketika dalam tahanan polis moral pada 16 September lalu.

Dia ditahan kerana tidak memakai tudung dengan sempurna. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI