fbpx

Empat pejabat mufti negeri buat kajian waktu Maghrib di tanah tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa pegawai pejabat mufti berbeza sedang melakukan kajian waktu solat Maghrib di Menara Kuala Lumpur baru-baru ini. - Ihsan Jabatan Mufti Selangor

PUTRAJAYA- Setelah hampir sedekad berlalu, kajian mengenai penetapan waktu permulaan Maghrib di kawasan tanah tinggi di Malaysia sekali lagi dilakukan di ibu negara baru-baru ini.

Menurut Jabatan Mufti Selangor, proses dilaksanakan secara bersama dengan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP), Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Menerusi hantaran dalam laman sosial agensi itu, kajian tersebut dilakukan di Menara Kuala Lumpur ketika cerapan anak bulan baharu taqwim Hijrah yang kelaziman diadakan berkala.

“Berdasarkan hitungan falak, waktu maghrib di lokasi tanah tinggi akan lebih lewat berbanding tanah rata seperti puncak Bukit Bendera, Pulau Pinang dan Gunung Jerai, Kedah.

“Umat Islam yang berada di tempat berkenaan akan mendirikan solat fardu Maghrib lebih lambat daripada mereka yang tinggal di bahagian bawah bukit atau gunung tersebut,” katanya.

Bagaimanapun, pihak jabatan itu tidak mendedahkan mengenai rumusan daripada hasil kajian berkenaan secara terperinci dan kemungkinan dapatan tersebut akan diperhalusi lebih teliti.

Difahamkan, kajian itu dilakukan sebagai persediaan menjelang pembukaan rasmi bangunan tertinggi Asia Tenggara, Merdeka 118 pada tahun depan kerana aras diduduki paling tinggi ialah 502 meter.

Kali terakhir kajian seumpama itu pernah dilaksanakan ialah pada 2013 lalu yang melibatkan PMWP dengan mendapat kerjasama daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Bangunan ikonik di negara rantau Asia Barat itu turut mengandungi masjid yang paling tinggi di dunia terletak di tingkat 158 dengan panorama menjangkau jauh sehingga 100 kilometer. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI