fbpx

Seoul buka pusat rawatan sementara di lokasi rempuhan Itaewon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pusat perubatan kecemasan sementara yang ditubuhkan di Hangang-ro, jalan utama berhampiran Stesen Itaewon di tengah Seoul, hari ini. - Yonhap

SEOUL – Pihak berkuasa bomba Seoul, Korea Selatan menubuhkan pusat perubatan kecemasan sementara di Hangang-ro, yang merupakan jalan utama berhampiran Stesen Itaewon, untuk merawat mangsa cedera susulan insiden rempuhan semasa sambutan hari Halloween malam semalam, lapor akhbar The Korean Herald.

Sekurang-kurangnya 21 orang yang mengalami serangan jantung dilaporkan telah dibawa ke bilik kecemasan manakala lebih 100 dikatakan cedera akibat kejadian itu, demikian menurut laporan dan pihak berkuasa.

Pihak berkuasa bomba turut mengerahkan 142 ambulans dari seluruh negara termasuk 52 yang ada di Seoul.

Ketua Ibu Pejabat Bomba & Bencana Metropolitan Seoul, Choi Tae-young, mengetuai operasi menyelamat manakala Agensi Polis Metropolitan Seoul sedang berusaha menubuhkan ibu pejabat siasatan untuk mencari punca dan kesan kemalangan ngeri itu.

Menteri Pentadbiran Awam dan Keselamatan Lee Sang-min turut turun padang ke lokasi nahas bagi memantau usaha menyelamat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI