fbpx

Ribut Tropika Nalgae hentam Filipina, puluhan penduduk terkorban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEKERJA penyelamat membantu memindahkan mangsa banjir akibat Ribut Tropikal Nalgae di Parang, wilayah Maguindanao kelmarin. - AFP

MANILA – Ribut Tropika Nalgae menghentam Flipina semalam selepas mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh yang mengorbankan sekurang-kurangnya 45 orang, kata beberapa pegawai.

Nalgae membadai pulau utama Filipina, Luzon dengan angin maksimum selaju 95 kilometer sejam selepas tiba di Pulau Cata­duanes sebelum subuh.

Hujan lebat melanda ketika Nalgae menghampiri selatan Fi­lipina kelmarin dan mengenangi kebanyakan kawasan di pedalaman Pulau Mindanao, kata perkhidmatan kaji cuaca 

Ia disusuli bencana tanah runtuh dan banjir kilat dengan air keruh yang membawa serpihan, menghanyutkan seluruh keluarga di sesetengah kawasan.

Menjelang pagi semalam, ang­ka kematian meningkat kepada  45 orang, kata pengarah pertahanan awam Filipina, Rafaelito Alejandro.

“Sekurang-kurangnya 14 orang masih hilang,” tambahnya.

Pasukan penyelamat kini memberi tumpuan kepada Kampung Kusiong di mana berpuluh-puluh mayat ditemui kelmarin selepas banjir melanda.

Sejak beberapa tahun lalu, banjir kilat bersama lumpur dan serpihan dari kawasan lereng gunung yang diterokai, mengundang bahaya paling serius setiap kali ribut  taufan membadai  Fili­pina.

Perkhidmatan kaji cuaca berkata, ribut tropika itu mungkin membadai  Manila.

“Berdasarkan ramalan kami, ribut ini amat kuat dan kami sudah melakukan persiapan,” kata Alejandro sambil menambah, pasukan penyelamat dengan kekuatan  5,000 anggota kini berada dalam keadaan siap siaga.

Beliau meminta penduduk yang berada di laluan Nalgae supaya berada di rumah.

Lebih 7,000 orang telah dipindahkan menjelang ketibaan ribut itu, kata jabatan pertahanan awam.

Filipina secara purata, dilanda 20 ribut kuat pada setiap tahun yang mengorbankan beratus-ratus orang dan mengakibatkan banyak kawasan berada dalam kemiskinan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI