fbpx

Netizen rindu komen ilmiah Syafinaz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syafinaz (kiri) dan Marlia (kanan).

PETALING JAYA – Ketiadaan Datuk Syafinaz Selamat di kerusi juri Gegar Vaganza 9 kerana menghadiri malam kemuncak Anugerah Sri Angkasa 2022 telah digantikan oleh Datin Marlia Musa.

Dengan ketiadaan guru vokal itu sebagai juri, rata-rata netizen membandingkan cara penjurian Syafinaz yang dikatakan lebih bernas berbanding Marlia.

“Datin Marlia cukuplah untuk malam ini sahaja, tolong jangan jemput lagi,” ciap seorang pengguna media sosial.

“Harap Datuk Syafinaz minggu depan masuk balik, kalau yang ganti bukan-bukan baik tak payah ganti,” tulis seorang netizen.

“Payah bagi orang teater jadi juri. Dia nak sampaikan apa dalam komen pun kita jadi tak faham,” komen seorang netizen lagi.

Dalam pada itu, kebanyakan netizen memuji cara Syafinaz yang lebih pakar dalam memberi komen.

“Datuk Syafinaz masih yang terbaik dalam Gegar Vaganza 9 kerana komennya sentiasa membina. Beliau akan beritahu terus apa yang perlu dilakukan untuk menambah baik, tapi dalam masa sama, beliau tidak membuatkan peserta rasa rendah diri. Juri terbaik pernah ada,” kongsi seorang netizen yang lainnya.

“Komen Datuk Syafinaz lebih berilmiah dan mudah difahami oleh segenap lapisan, menjadi juri perlu kriteria yang tinggi supaya peserta mendapat input berguna,” ciap pengguna lain.

Untuk rekod, Syafinaz telah menduduki kerusi juri Gegar Vaganza sejak musim kelapan sehingga musim kini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI