fbpx

Bekalan ikan kembung kurang sebab sedang bertelur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL HAMID (tiga kanan) ketika sidang akhbar persidangan Malaysia Tolak Tambak di George Town, di sini semalam.

GEORGE TOWN – Bekalan ikan kembung yang mengalami pengurangan sejak awal bulan ini dijangka pulih dalam tempoh dua minggu lagi.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Abdul Hamid Bahari berkata, pengurangan bekalan hasil laut itu disebabkan musim peralihan ikan-ikan sedang bertelur pada masa ini.

“Bekalan ikan ada namun berkurang kerana ikan pada masa ini berada pada musim peralihan monsun, maksudnya sekarang sedang bertelur.

“Bekalan ikan dijangka pulih dalam tempoh dua minggu lagi dan kita akan lihat berlaku lambakan ikan seperti ikan kembung di kawasan Utara pada masa itu,” katanya ketika ditemui di persidangan Malaysia Tolak Tambak di sini semalam.

Sebelum ini, akhbar melaporkan bekalan ikan di beberapa buah negeri di Utara tanah air mengalami kekurangan sehingga menyebabkan harga ikan terutama ikan kembung melambung tinggi.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, isu berkenaan berlaku apabila beberapa jeti pendaratan utama di Kedah dan Perak mengalami kekurangan bekalan ikan hingga 50 peratus.

Menurut Abdul Hamid, nelayan terutama nelayan pantai berdepan dengan masalah pengurangan hasil ikan susulan musim peralihan monsun itu.

“Sebelum ini nelayan pantai boleh peroleh hasil sehingga satu tan ikan termasuk ikan kembung sehari, namun sekarang hasil berkurang.

“Ada di antara nelayan yang peroleh hasil sekitar 20 hingga 30 kilogram sahaja, mereka terpaksa juga mengira harga kos operasi jadi disebabkan itu harga ikan meningkat pada masa ini,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, sebagai persediaan menghadapi risiko banjir, Nekmat menyiapkan 100 tan stok ikan sejuk beku yang siap untuk dibekalkan kepada penduduk yang terjejas dengan bencana banjir nanti.

“LKIM turut sediakan stok ikan sejuk beku ini sebagai persediaan menghadapi banjir agar bekalan ikan kepada orang ramai tidak terjejas nanti,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI