fbpx

Monyet beri ciuman terakhir pada jasad lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Monyet tersebut dilihat menghampiri bahagian tepi keranda Peetambaram yang terbuka dan mendekatkan dagunya. – CEN

COLOMBO, Sri Lanka – Sebuah klip video yang memaparkan aksi seekor monyet memberi ciuman pada jasad seorang lelaki semasa hari pengebumiannya, menjadi tular di media sosial dengan orang ramai tersentuh melihat paparan tersebut, lapor akhbar The Sun.

Peetambaram Rajan, 56, me­ninggal dunia pada Isnin lalu selepas jatuh sakit secara tiba-tiba di rumahnya di Batticaloa, Sri Lanka.

Semasa hidupnya, Peetambaram dikenali sebagai seorang lelaki yang gemar memberi makan, buah dan biskut kepada monyet itu setiap hari sehinggakan kedua-duanya menjadi mesra.

Ketika jasad lelaki tersebut terbaring sebelum disemadikan, monyet itu tiba untuk memberikan ciuman terakhir.

Berdasarkan klip video yang tular, monyet itu menghampiri keranda Peetambaram yang terbuka dan mendekatkan dagunya.

Ia kemudian memberikan ciuman di kepala Peetambaram sebelum penduduk terpaksa membawa haiwan tersebut pergi dari situ ketika ia cuba mencapai ta­ngan lelaki berkenaan, seolah-olah ingin membawanya pergi.

Video itu menerima pelbagai komen daripada netizen terutamanya para pencinta haiwan.

“Amat menyentuh perasaan,” kata seorang netizen.

“Saya menangis melihatnya. Itu pun masih ada orang yang berkata haiwan tidak mempu­nyai perasaan seperti manusia,” kata netizen lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI