fbpx

Lelaki jumpa gigi dinasour di Sungai Lereh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suhaimi didakwa menemui fosil di kawasan perairan muara Sungai Lereh, Melaka. – GAMBAR HIASAN

MELAKA – Seorang lelaki di Tangga Batu di sini mendakwa menjumpai fosil berupa gigi haiwan yang dipercayai dari zaman prasejarah ketika menjala di perairan muara Sungai Lereh, tiga bulan lalu.

Menurut Suhaimi Hussin, 43, berdasarkan kepada struktur fosil tersebut, dia percaya ia me­rupakan fosil bahagian gigi sejenis haiwan pemangsa pada zaman purba.

“Saya terkejut apabila ‘fosil’ ini tersangkut di dalam jala dan apabila ia dibersihkan, saya percaya objek itu adalah bahagian gigi sejenis haiwan pemangsa.

“Saya ada cuba mencari maklumat mengenai penemuan ini di internet, tetapi gagal. Yang pasti fosil itu bukan spesies ikan kera­na struktur giginya yang besar.

Inilah fosil yang didakwa gigi haiwan purba.

“Selain fosil ini, saya menjumpai beberapa kepingan cengkerang seakan-akan penyu, namun mempunyai struktur tajam pada bahagian tepi,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Suhaimi memberitahu, selepas menjumpai fosil gigi itu, dia telah menghubungi sebuah universiti yang menjalankan kajian paleontologi tentang fosil haiwan untuk berkongsikan penemuan tersebut, namun usaha­nya itu tidak mendapat perhatian sehingga kini.

“Saya juga bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) ­untuk membuat kajian ke atas fosil ini yang telah lama saya ­temui.

“Bagaimanapun, ia mestilah satu usaha sama yang dipersetujui dan memberikan pulangan kepada kedua-dua pihak,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI