fbpx

Papan tanda larang berkahwin di Oxnead

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASANGAN Crane adalah antara yang membantah majlis perkahwinan diadakan di kawasan kejiranan itu. - Eastern Daily Press / SWNS

LONDON – Penduduk sebuah kejiranan di Britain memasang papan tanda tepi jalan untuk melarang pasangan bakal berkahwin daripada melangsungkan majlis mereka di sebuah tapak popular di kawasan itu, lapor akhbar Mirror UK.

Tindakan itu dilakukan selepas mereka mendapat laporan mengenai tetamu majlis yang membuang air kecil di laman.

“Pengantin lelaki dan perempuan tidak dialu-alukan di Oxnead,” demikian maksud ayat pada papan tanda yang dipasang berhampiran Oxnead Hall di bandar Aylsham, Norfolk.

Penduduk juga menuduh tetamu majlis perkahwinan ‘berseronok di laman’ dan memasang muzik kuat sehingga larut malam, menyebabkan hidup mereka terganggu, lapor akhbar Hull Live.

Sepasang suami isteri, Susi dan Roger Crane yang memiliki ladang seluas 500 ekar mengelilingi lokasi popular itu bertindak memasang tiga papan tanda di halaman depan rumah mereka.

“Majlis perkahwinan benar-benar memberi impak besar kepada kehidupan penduduk dan itulah sebab kami membantahnya,” kata Roger.

Susi menambah: “Penduduk berulang kali diganggu oleh muzik kuat pada waktu malam ketika cuba tidur. 

“Mereka tidak boleh duduk di luar rumah semasa musim panas kerana diganggu oleh bunyi jeritan dan ketawa. Kami cuba membuat aduan di majlis daerah Broadland tetapi tidak berjaya,” katanya.

Jurucakap Majlis Daerah Broadland berkata: “Majlis daerah sedang menyiasat aduan penguatkuasaan berhubung gangguan bunyi di tapak itu. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI