fbpx

KKM muktamad SOP PRU15 dalam masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin (kanan) merasmikan Persidangan Commonwealth & 4th Global Wound Conference di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid hari ini. - Foto SHIDDIEQIIN ZON

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan memuktamadkan prosedur operasi standard (SOP) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, perkara tersebut masih lagi dalam perbincangan bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk diputuskan.

“SPR telah pun minta maklum balas daripada KKM dan terkini ada beberapa perkara yang SPR boleh buat.

“Ada beberapa perkara yang mereka susah nak buat jadi kita akan bagi maklum balas dalam sehari dua ini,” katanya kepada media selepas berucap di Majlis Perasmian Commonwealth & 4th Global Wound Conference 2022 di Pusat Konvesyen Sunway Pyramid, di sini.

Media sebelum ini melaporkan KKM sudah mengesyorkan kepada SPR beberapa SOP bagi PRU15 supaya ia diadakan dalam keadaan ‘Covid-19 safe election’.

Khairy Jamaluddin ketika itu berkata, dengan situasi Covid-19 negara yang terkawal, KKM berpandangan beberapa sekatan yang dilakukan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini boleh dilonggarkan termasuk pemakaian pelitup muka dan hak mengundi bagi individu positif Covid-19. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI