fbpx

Rupanya bukan janin manusia tetapi kucing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Janin kucing disangka manusia yang dijumpai di sebuah tandas Masjid Kampung Labohan, Kerteh, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Objek cukup sifat berserta uri yang ditemui di Masjid Kampung Labohan, Kerteh di sini hari ini rupa-rupanya janin kucing.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, ia disahkan selepas objek itu dibawa untuk pemeriksaan ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini.

“Pegawai perubatan yang melakukan pemeriksaan mendapati janin itu memiliki ekor.

“Ia kemudiannya disahkan janin kucing bukannya manusia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu seorang pekerja amMasjid Kampung Labohan tergamam menemukan janin cukup sifat bersama uri sewaktu melakukan kerja-kerja pembersihan tandas wanita di masjid berkenaan.

Kariza Muda, 49, memberitahu, dia menemui objek tersebut itu di lantai tandas wanita berkenaan pada pukul 12.15 tengah hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI