fbpx

Klinik kesihatan, jambatan baharu akan dibina di Pagoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONN HAFIZ beramah mesra dengan orang ramai yang hadir ke Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Parlimen Pagoh di Kompleks Seri Pekembar, semalam.

MUAR – Sebuah klinik kesihatan baharu akan dibina di Pagoh dekat sini bagi menggantikan klinik kesihatan sedia ada yang sudah tidak mampu menampung kehadiran penduduk setempat untuk mendapatkan rawatan.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, dengan peruntukkan sebanyak RM42 juta, kerja untuk membina klinik kesihatan berkenaan kini dalam proses terakhir dan ianya akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Katanya, kerajaan negeri amat memandang berat isu berkaitan kesihatan masyarakat setempat dan pihaknya akan memastikan setiap klinik atau hospital mampu memberikan perkhidmatan terbaik.

“Kita tidaklah menjanjikan bulan dan bintang, namun kerajaan negeri akan memberikan perkhidmatan yang termampu untuk keselesaan rakyat di negeri ini,” katanya.

Onn Hafiz berkata demikian dalam ucapan ketika hadir dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Parlimen Pagoh di Kompleks Seri Pekembar, di sini, semalam.

Menurutnya, kerajaan negeri juga akan membina jambatan kedua Kampung Pencu bagi memudahkan penduduk setempat.

Ujarnya, jambatan berkenaan akan dibina dengan kos RM80 juta bagi menampung kegunaan penduduk sekitar ke Pekan Pagoh dan Muar.

“Kerajaan negeri juga mendengar keluhan daripada penduduk sekitar pekan Jorak yang kini semakin sepi berbanding dengan pekan Pagoh.

“Bagi mempopularkan kembali pekan Jorak, Bukit Pasir Bypass akan dinaik taraf bagi menghubungkan antara pekan Jorak, Bukit Pasir dan juga Paya Panjang dengan peruntukkan RM25 juta,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI