fbpx

Seorang maut, dua melecur kubah pembakaran meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SUNGAI PETANI – Seorang juruteknik warga China maut manakala dua lagi pekerja melecur akibat terkena wap panas selepas kubah pembakaran sebuah kilang kitar semula bahan logam meletup dalam kejadian di Gurun pada kelmarin.

Kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu berlaku ketika kubah pembakaran tersebut dikatakan dalam proses pembaikan.

Mangsa berusia 45 tahun yang melecur kira-kira 80 peratus pada anggota badan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini pada pukul 8 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang berasal dari Guangdong dan dua lagi pekerja berada berdekatan dengan kubah pembakaran yang sedang dalam proses pembaikan.

“Semasa seorang pekerja mengangkat penutup kubah yang baharu untuk diletakkan di muncung kubah pembakaran sedia ada menggunakan forklift, tiba-tiba berlaku letupan pemeluwapan wap panas yang terkena pada mangsa dan dua rakan sekerjanya.

“Tubuh badan mangsa dan dua lagi pekerja warga China dan Myanmar melecur akibat terkena wap panas itu,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, sejurus kejadian, mangsa masih boleh berjalan dan dibawa ke tandas untuk dimandikan bersama dua rakan sekerjanya untuk tujuan menyejukkan badan.

“Bagaimanapun mangsa mula mengalami sesak nafas selepas dimandikan sebelum dibawa bersama rakannya yang cedera ke sebuah klinik swasta di Gurun.

“Namun disebabkan tahap kesihatannya yang merosot, mangsa dirujuk ke HSAH dan meninggal dunia pagi semalam,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI