fbpx

Pesakit gastrik tidak dapat guna insurans lari dari hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SUNGAI PETANI – Seorang pesakit wanita bertindak melarikan diri dari sebuah hospital swasta di Laguna, Merbok di sini kelmarin selepas insurans yang diambil dipercayai tidak melindungi rawatan bagi penyakit dialaminya.

Wanita berusia 32 tahun yang dimasukkan ke wad kerana penyakit gastrik itu disedari tiada di dalam bilik wad hospital oleh seorang jururawat pada pukul 10.40 malam kelmarin.

Dia didakwa melarikan diri tanpa membuat sebarang pembayaran bil kepada hospital tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, wanita tempatan terbabit yang mengadu sakit perut mendaftar di kaunter pendaftaran hospital bagi mendapatkan rawatan pada pukul 5.55 petang kelmarin.

“Kemudian pada pukul 6.40 petang, pesakit diberikan rawatan sebelum ditempatkan di sebuah wad di situ.

“Kira-kira sejam selepas itu, pihak hospital yang membuat semakan mendapati insuransnya tidak boleh digunakan untuk pembiayaan rawatan gastrik,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, pesakit itu tidak mahu meneruskan rawatan dan mahu keluar dari wad, tetapi enggan menjelaskan bayaran bil rawatan dan wad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI