fbpx

Bengang dituduh gigolo, Rizky Billar akan ambil tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIZKY BILLAR akan ambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah.

BENGANG dengan fitnah melampau apabila dituduh pernah menjadi gigolo, Rizky Billar bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu.

Rizky yang baharu sahaja berdamai dengan isterinya Lesti Kejora sudah menyerahkan beberapa bukti kepada peguam Indra Tarigan.

“Malam tadi Rizky sudah kirim bukti-bukti semua. Kami sudah berhubung dan dia akan segera mengambil tindakan terhadap semua yang dipercayai membuat fitnah itu.

“Ada tiga nama yang diberi. Dia tidak tahu siapa dan kenapa individu itu menyebarkan fitnah berkenaan,” ujarnya kepada media.

Tambah Indra, individu berkenaan sudah keterlaluan dan mengeruhkan lagi kemelut yang menghimpit keluarganya.

Malah, apa yang disampaikan tidak berasas sama sekali.

“Apa yang dilakukan sudah melampaui batas, kenapa mereka bertindak seperti itu? Terlalu berani mengeluarkan kenyataan yang tidak benar.

“Contoh dia keluar kenyataan kenal Rizky sudah lama padahal tipu sama sekali,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Lesti membuat laporan polis dan mendakwa dipukul suaminya pada 28 September 2022, kira-kira pukul 1.51 pagi Waktu Indonesia Barat (WIB) di kediaman mereka, Cilandak, Jakarta Selatan.

Penyanyi lagu Sekali Seumur Hidup itu mendakwa suaminya berlaku curang sehingga berlaku pergaduhan antara mereka.

Rizky didakwa bertindak agresif dengan memukul dan mencekik isterinya sehingga terjatuh ke lantai.

Bagaimanapun, penyanyi itu mengejutkan ramai pihak apabila menarik balik laporan polis yang dibuat dan memaafkan suaminya.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI