fbpx

Badut pegang gergaji rantai takutkan penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Badut memegang gergaji rantai mainan dikatakan menakut-nakutkan orang ramai yang melalui laluan bawah tanah di Somerset. – Somerset Live

LONDON – Penduduk di Somerset, England gempar  susulan laporan tular di media sosial mengenai  individu berpakaian  badut menakut-nakutkan orang ramai sambil memegang gergaji rantai mainan, lapor akhbar Daily Star semalam.

Penduduk yang tinggal dekat laluan bawah tanah A370 di Worle berkata, badut itu  bersembunyi dan tiba-tiba muncul  untuk menakut-nakutkan orang awam yang menyeberang laluan berkenaan.

Mereka memberi amaran kepada orang ramai selepas beberapa kejadian ‘usikan’ dikatakan berlaku pada hujung minggu lalu.

Antara  mangsa badut tersebut ialah seorang lelaki bersama kanak-kanak berumur enam tahun. Badut seram itu melompat keluar di hadapan mereka.

Trend badut menakut-nakutkan orang ramai  dikatakan berasal daripada sebuah novel seram karya Stephen King keluaran 1986.

Badut jahat yang menari dalam novel itu menakut-nakutkan kanak-kanak selepas dia dirasuk oleh syaitan.

Buku itu kemudian diadaptasi untuk tayangan televisyen pada 1990 dan pada 2017, trend gurauan Badut Pembunuh itu pertama kali bermula.

Laporan pertama adalah mengenai seorang  badut yang berdiri berhampiran kawasan hutan sambil berbisik dan menakut-nakutkan kanak-kanak. Beberapa dakwaan mengatakan bahawa mereka  mengajak kanak-kanak memasuki hutan.

Sekolah-sekolah pula menjadi sasaran gurauan tersebut dengan anggota polis di seluruh Britain menyelar tindakan itu.

Trend tersebut bagaimanapun tamat begitu sahaja. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI