fbpx

Aura pengantin baharu Hwang Bo-ra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HWANG BO-RA

PELAKON jelita, Hwang Bo-ra sangat gembira meraikan parti bujang bersama rakan-rakan rapatnya sebelum membina bahtera perkahwinan dengan pasangan pilihannya.

“Saya menerima ucapan tahniah daripada kawan baik saya dan difahamkan mereka telah merancang majlis ini selama tiga bulan lepas lagi.
“Hari tersebut adalah hari istimewa buat saya sehingga risau bagaimana untuk membalas kebaikan rakan-rakan baik.

Bukan itu sahaja, mereka sanggup susah senang bersama-sama. Saya sayang awak semua selama-lamanya,” ujar pelakon berusia 39 tahun itu.
Dalam gambar yang dimuat naik dalam Instagramnya, Bo-ra dilihat menyambut parti bujangnya bersama kawan rapat termasuklah Park Na-rae, Kim Ji-min dan Lee Rang-jeong.

Rata-rata komen peminat terpesona dengan kecantikan Bo-ra dengan aura pengantin yang terpancar dari wajahnya.
Bo-ra akan menamatkan zaman bujangnya dengan Cha Hyun-woo yang merupakan adik bongsu kepada pelakon Ha Jung-woo pada November ini.

“Dengan keberkatan daripada semua, kami dapat disatukan oleh dua hati yang sangat kuat antara satu sama lain,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI