fbpx

Lelaki tular peras, bakar kain rentang khemah kena cekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video kejadian membakar kain rentang khemah kedai mangsa di Sungai Jarom, Kuala Langat, Selangor.

KUALA LANGAT – Seorang lelaki dicekup selepas disyaki tular melakukan pemerasan dan membakar kain rentang khemah kedai runcit seorang wanita di sekitar Sungai Jarom, di sini.

Suspek tempatan berusia 42 tahun itu ditahan di sekitar kawasan sama, kira-kira pukul 4.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, pihaknya sebelum itu mengesan dua video tular di media sosial mengenai kejadian pemerasan wang perlindungan dan kebakaran itu.

Kata beliau, polis kemudian menerima laporan polis seorang wanita tempatan berusia 34 tahun mengenai kejadian berkenaan.

“Pengadu menyatakan kain rentang khemah milik kedainya telah dibakar seorang lelaki yang tidak dikenali.

“Wanita itu turut pernah dihubungi lelaki yang meminta wang perlindungan kerana telah menjaga kedai tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Ahmad Ridhwan, hasil penahanan suspek turut merampas sebuah telefon bimbit dan kad sim.

“Semakan mendapati lelaki itu turut mempunyai rekod jenayah lampau dan kini ditahan di Lokap Balai Polis Banting bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 385 dan 435 Kanun Keseksaan iaitu melakukan pemerasan serta melakukan khianat dengan api,” ujarnya.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI