fbpx

Adik perempuan ganti abang jadi pengantin lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adik pengantin lelaki menggantikan abangnya pada majlis perkahwinan tersebut. – Weibo

BEIJING – Gara-gara tidak dapat menghadiri upacara perkahwinan sendiri, seorang lelaki di China digantikan oleh adik perempuannya yang menjadi ‘pengantin lelaki’ bagi meneruskan majlis yang telah dirancang, lapor portal berita Wolipop semalam.

Dalam kejadian  di Suzhou, wilayah Anhui itu, calon pengantin lelaki dikatakan tidak dapat menghadiri majlis tersebut kerana berada di daerah yang melaksanakan perintah berkurung Covid-19.

Oleh kerana itu, ahli keluarga lelaki berkenaan membuat keputusan menggantikan tempat pengantin lelaki dengan adik perempuannya supaya majlis perkahwinan tersebut dapat diteruskan seperti yang dirancang.

Berdasarkan gambar yang dikongsi  di media sosial, adik perempuan lelaki berkenaan dilihat memakai kot serta pakaian pengantin lelaki dan menyematkan sekuntum bunga pada sutnya.

Selain bersanding dengan pengantin perempuan, mereka turut melakukan upacara perkahwinan dengan niat untuk menggantikan abang wanita tersebut.

Majlis perkahwinan itu mendapat perhatian dengan ramai penduduk  berkumpul untuk menyaksikan acara unik tersebut.

“Ini seperti dalam drama. Kami sudah berkahwin tetapi pengantinnya bukan saya,” kata seorang netizen. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI